Sejarah itu pada dasarnya sekadar rentetan peristiwa masa silam. Namun tanpa mempelajarinya kita tidak mungkin sedar sepenuhnya siapakah kita ini sebenarnya, apakah yang menjadikan masa kini sedemikian rupa bagi kita, siapakah leluhur kita, dan dari manakah kita ini bersusur-galur asalnya. Novel genre Cerita Reka Sejarah (CRS), selain memberikan suatu bentuk hiburan yang murah harga, dengan itu juga merupakan suatu cara lain untuk memperkenalkan sejarah kepada pembaca umum, dengan gaya yang santai, tidak formal serta menyeronokkan, mengelakkan kebosanan yang lazimnya dikaitkan dengan sebuah karya ilmiah.
Kerana sejarah memberikan kepada kita faedah imbauan ke masa lalu, antara kebaikan mengetahui sejarah, sama ada dalam bentuk kering dan ringkas daripada sebuah buku teks ataupun dalam gaya tergilap daripada sebuah novel CRS, adalah bahawa kita dapat mengkaji dan mencerakin, sekurang-kurangnya ke suatu tahap, punca dan sebab-musabab kekuatan dan kejayaan, mahupun kelemahan dan kegagalan, budaya dan masyarakat yang mendahului kita. Itu sememangnya mungkin memberi kita peluang untuk membuat pertimbangan yang lebih bijak dan lebih berhemat apabila kita tertuntut untuk mengambil keputusan utama di masa kini yang mungkin membawa kesan besar kepada kita di masa depan.
Dharma Kusuma, Pembela Langkasuka adalah sebuah thulathiyah (trilogi) novel gaya CRS. Watak-watak utama kesemuanya ciptaan pengarang. Namun watak-watak penyokong seperti raja-raja besar di Palembang, Mataram, Kahuripan, Kediri, Gangga Negara, Tambra Lingga, Kemboja Negara, China, Goryeo, Pulau Singhala, Chola Mandalam, Bhanggala, Ghazna, Parsi, Byzantium dll., seperti juga peristiwa-peristiwa besar seperti peperangan mahupun penaklukan, terilhamkan daripada watak-watak sebenar yang sah pernah wujud dan peristiwa-peristiwa betul yang memang pernah berlaku pada zaman yang menjadi latar cerita.
Sekian banyak negeri dan bangsa di bumi ini, termasuk antaranya yang pernah menduniai zaman megah gemilang, di kala lain juga ada merasai waktu-waktu tertekan dan tertindas oleh penakluk dan penjajah. Maka sebarang kisah menentang penjajahan dijangka mempesona jiwa dan merangsang kembali naluri merdeka pada begitu ramai orang.
Di satu sudut, karya ini dihasilkan untuk tujuan hiburan semata-mata dan tiada langsung maksud untuk menyinggung perasaan sebarang pihak. Namun sekaligus, ia juga adalah suatu penghormatan tulus ikhlas kepada setiap orang yang telah terlibat di zaman silam, secara langsung mahupun selainnya, dalam perjuangan murni menentang sebarang bentuk penjajahan terhadap tanah air mereka.
Dharma Kusuma, Pembela Langkasuka
3 kisah menguja menanti untuk dinikmati dalam Thulathiyah Dharma Kusuma:
Buku 1: GELORA DI RANTAU TENGGARA (http://pertiwipurba.blogspot.com)
Book 2: IMPIAN TIDAK KESAMPAIAN (http://pertiwipurba2.blogspot.com)
Book 3: PAHLAWAN 7 KERAJAAN (http://pertiwipurba3.blogspot.com)
Suatu siri cerita reka yang ditujukan kepada golongan penggemar sejarah dan peminat cerita reka sejarawi.
Jujukan kisah menguja sukma dari zaman purba yang sarat dengan cabaran dan perjuangan, gelora dan sengketa, keberanian dan keperwiraan, belas ehsan dan keganasan, pertentangan dan muafakat, perang dan damai, persahabatan dan kesetiaan, permusuhan dan kepetualangan, bahagia dan derita, kembara wisata, serta cinta kasih syahdu perdana. Disulam ke dalam peristiwa sebenar yang memang pernah berlaku dan kerajaan sebenar yang memang pernah wujud di Semenanjung Emas, Suvarna Bhumi dan Suvarna Dvipa, berserta beberapa rantau yang lebih jauh lagi, di kurun ke11 Masihi, dipersembahkan dalam bentuk thulatiyah (trilogi).
Ramai orang yang berbicara tentang sejarah silam kita hanya cenderung bercakap tentang kerajaan Melaka dan persekutuan yang dipimpinnya pada abad ke15 hingga abad ke16. Tetapi mereka seperti tidak begitu gemar bertutur dan berbincang tentang zaman sebelumnya. Barangkali mereka beranggapan bahawa peradaban di Semenanjung Emas ini, yang kemudiannya digelar Tanah Melayu apabila bahasa dan budaya Melayu berkembang pesat dan mengatasi bahasa dan budaya tempatan yang terdahulu daripadanya, hanya bermula dengan kerajaan Melaka. Ini sebenarnya jauh tersasar, dan jelas adalah suatu keadaan yang harus diperbetul. Kerana di wilayah utara dan timur Semenanjung Emas telah berdiri Persekutuan Langkasuka, yang dianggotai oleh kerajaan Kedah Tua, kerajaan Patani dan kerajaan Amdan Negara, pengaruhnya menjangkau ke Terengganu serta Pahang Utara, di samping kerajaan Gangga Negara yang kadang kala bersekutu dengan Langkasuka menjadikan Persekutuan Kadaram, kala lain pula bertelagah dengan Persekutuan Langkasuka, berabad-abad lamanya sebelum munculnya kerajaan Melaka.
Berseronoklah diri dengan berkembara ke alam silam.
Dharma Kusuma, Pembela Langkasuka. Di sini sejarah dan bari (legenda) beradun gabung lalu hidup kembali, membawa kepada anda sebuah kisah menakjubkan tentang perjuangan, keberanian, keperwiraan dan pengorbanan putera puteri tanah air di wilayah utara dan timur Semenanjung Emas, yang bangkit menentang, menumbang dan menyingkir bukan hanya satu, tetapi dua, kuasa penjajah paling gagah daripada pertiwi tercinta nun jauh di zaman silam. Bergembiralah!
Versi Bahasa Inggeris
Bagi mereka yang juga gemar membaca dalam bahasa Inggeris, Buku 1 dalam thulathiyah Dharma Kusuma, berjudul sementara Region in Turmoil, kini hampir separuh siap bertulis dalam bahasa Inggeris untuk tatapan anda di:
http://ancientmotherland.blogspot.com
Dharma Kusuma, Pembela Langkasuka. Di sini sejarah dan bari (legenda) beradun gabung lalu hidup kembali, membawa kepada anda sebuah kisah menakjubkan tentang perjuangan, keberanian, keperwiraan dan pengorbanan putera puteri tanah air di wilayah utara dan timur Semenanjung Emas, yang bangkit menentang, menumbang dan menyingkir bukan hanya satu, tetapi dua, kuasa penjajah paling gagah daripada pertiwi tercinta nun jauh di zaman silam. Bergembiralah!
Versi Bahasa Inggeris
Bagi mereka yang juga gemar membaca dalam bahasa Inggeris, Buku 1 dalam thulathiyah Dharma Kusuma, berjudul sementara Region in Turmoil, kini hampir separuh siap bertulis dalam bahasa Inggeris untuk tatapan anda di:
http://ancientmotherland.blogspot.com
Nikmatilah.







Would Arduga Wijamalai, daughter of Sang Tawal have a part to play in your story?
ReplyDeleteI wish all Malaysian children could inherit and be proud oftheir history.
I believe this Arduga/Arduja Wijamalai/Wijaya Mala is the same person as Raja Durga Dewi Raja a.k.a Cik Siti Wan Kembang. Yes? Well, Raja Sang Tawal, son of Raja Sakranta of the Ligor-based Malayur empire - whose throne Sang Tawal moved south to Kelantan under pressure from Rama Khamhaeng of Sukothai - I think lived and reigned around the second half of the 13th century. Both Raja Sang Tawal and Raja Sakranta were real documented kings of ancient Malayur, a part of which evolved into the Kelantan kingdom.
ReplyDeleteWhile my entire story - over all 3 WIP novels - is set in a much earlier time, the 11th century, i.e. in the 1000 to 1100 era. As for my Prince Shakranta, the lead character in my first novel, his name was indeed inspired by the later Raja Sakranta, father of Sang Tawal. If you like, you might want to imagine my fictitious Shakranta as a distant, very distant ancestor of the real documented Raja Sakranta.
I do also have a kijang theme in novel 1 of my story, which is a nod of sorts to the legend of Cik Siti Wan Kembang, who was said to have kept kijang as pets in her palace grounds. And if you still recall the name of my first restored sovereign queen of Amdan Negara, Kembang Seri Wangi, daughter of Adhi Vira and mother of Shakranta, her name is also a kind of homage to Cik Siti Wan Kembang.
I find the 11th century a historically rich period replete with many relatively well documented big battles and events, such as the Chola invasions of some kingdoms in the Golden Peninsula (I prefer this name rather than the Malay Peninsula in my story) and Sumatra organised by Rajendra Chola in 1017 & 1025, and his son Vira Rajendra Chola in 1068, the invasion and destruction of Medang Mataram by Srivijayan-backed forces of Wura Wari in 1016, the invasion of Lavo and conquest of Angkor by Sujita Raja a.k.a Jaya Vira Varman, king of Ligor-based Negara Seri Dharma Raja in 1002, reconquest of Angkor by Surya Varman in 1006, the rise of King Anawrahta in Pagan in 1056 etc etc. which I try to draw on as inspirations as well as backgrounds for my overall story.