Sebahagian besar daripada rakan lanunnya daripada kalangan suatu suku Orang Laut, dipanggil Orang Mergui. Kerana raut wajahnya yang elok dan agus, serta pembawaannya yang membayangkan keturunan daripada golongan berdarjat, mereka menganggap Mardunisa sebagai seorang dewi yang diturunkan untuk menjadi ketua mereka, lalu menggelarnya Dewi Samudera. Berperilaku liar ganas ketika menyerang serta hebat bertempur, nama Dewi Samudera semakin hari menjadi semakin gah di kalangan pelbagai puak lanun yang berkeliaran di wilayah bersekitar.
"Yang aku tahu .. kau meninggalkan rumahmu ... meninggalkan ibumu ... begitu lama. Baru hari ini kita bertemu semula ... dan kau kini seorang lanun!"
"Enam belas tahun Madu bersabar menunggu kepulangan Abang. Demi cinta setia, Madu menolak harapan begitu ramai jejaka yang berhasrat ingin melamar Madu. Tapi Abang melanggar janji kita berdua."
"Mari, Madu," Aryaputra bersandar di tiang layar utama. "Mari ke sini dekatku. Biarku lihat kepalamu."
"Maksudmu ... kalau aku masih cukup belas ehsan untuk membebaskan kamu dan orang-orangmu, kan?" Aryaputra menjebih. "Nasihatku kepada kamu pula ... hentikanlah segera kegiatan kamu semua ini. Tugasku adalah membersihkan seluruh kawasan pantai negeri Amdan Negara ini daripada puak lanun."
Suatu hari, berpakaian lelaki serta melumur mukanya dengan lumpur tanah liat, Mardunisa memimpin segerombolan puak lanun menyerang angkatan kapal peronda pantai pimpinan Aryaputra. Selepas pertempuran sengit, gerombolan lanun itu dapat ditewaskan oleh angkatan Aryaputra. Mardunisa sendiri pengsan beberapa lama terkena rembatan kaki Aryaputra, yang ketika itu belum mengecamnya, di bahagian kepalanya.
"Madu, mengapakah kau sampai menjadi begini?” Aryaputra mengeluh panjang. "Ini pekerjaan yang sehabis buruk. Dibenci dan dimusuhi oleh setiap orang yang bernegeri, berkerajaan dan berperadaban."
"Jelasnya Abang Yaya sedikitpun tidak tahu-menahu."
"Madu hilang ingatan. Kerana terhantuk kepala amat kuat dan tercedera ketika diserang sekumpulan penyamun semasa dalam perjalanan pulang ke rumah suatu hari. Madu sekadar menerima persahabatan sekumpulan orang-orang lain yang tidak Madu kenali ... diketuai oleh Mutiara ... yang tiba-tiba muncul lalu menyelamatkan Madu."
"Habis lagu mana kau mengenaliku tadi?"
"Sepakan Abang yang begitu kuat di kepala Madu ... yang membuat Madu pengsan seketika ... juga membuat pulih kembali ingatan Madu."
"Lalu kau masih terus mahu menyerangku selepas itu?"
"Madu tidak sanggup lagi hidup tanpa Abang Yaya," jawab Mardunisa. "Melihat seorang wanita lain bahagia di samping Abang. Lebih baik Madu pergi … pergi untuk selama-lamanya. Maka, Madu mahu … mahu meninggalkan dunia ini … mati di tangan Abang.”
"Madu!! Mengapakah kau begitu bodoh? Kau mahu menghukumku dan menyiksa batinku?"

"Janji yang kau paksa aku persetujui supaya kau berhenti menangis ... ketika aku hendak bertolak meninggalkan Jambi untuk pergi merantau ... semasa kau masih seorang kanak-kanak berusia lapan tahun? Ketika aku pula masih berumur empat belas tahun?"
"Ya. Apapun, Abang tetap bersetuju, kan? Dan Abang masih berpesan ... hingga lebih sepuluh tahun selepas itu ... supaya Madu menunggu kepulangan Abang ... dalam watikah-watikah yang Abang kirimkan kepada Ibu dan Madu ... di peringkat awal ketibaan Abang di Goryeo. Janji tetap janji. Ia tidak seharusnya dimungkiri. Tapi ... kalau Abang tidak mahukan Madu lagi ..."
"Tidak begitu, Madu. Abang bukan saja masih mengingati janji kita," sedikit senyuman terukir di wajah Aryaputra. "Abang juga tidak dapat melupakan detik-detik ketika ... kau tergelincir dan nyaris tenggelam di tepi bendang padi ... ketika cuba menangguk seekor ikan sepilai."
"Dan Abang muncul buat kali pertama dalam hidup Madu ... lalu menyelamatkan Madu daripada mati lemas," Mardunisa ikut tersenyum.
"Cuma ... keadaan dan suasana membuat Abang pernah terfikirkan juga ... bahawa masa dan perpisahan mungkin membuat hati manusia berubah. Jelasnya ... di antara kita ... tiada apa-apa yang berubah ... segala-galanya masih seperti dulu."
"Habis tu?"
"Abang tidak akan membiarkan kau lepas daripada Abang. Abang juga ingin kau sentiasa bersama Abang. Mujurlah Abang mengecam mu di saat terakhir. Kalaulah … andainya … kau telah terbunuh di tanganku tadi … rasanya … tidak sanggup lagi aku untuk meneruskan hidup ini.”
"Dia sudah lama mendesakku supaya mengahwinimu. Dengan sepenuh restu daripadanya. Dan dia rela melepaskan diriku sepenuhnya kepadamu … jika … jika kau tidak sanggup berkongsi kasihku dengannya.”
"Abang!! Apa yang Abang cakap ni? Habis bagaimana pula dengan Nirmala Ratna? Tidak. Tidak mungkin mahu Madu menghancurkan hidupnya.”
"Hanya satu penyelesaiannya, Madu. Penyelesaian terbaik yang tidak melukai atau merugikan sebarang pihak. Kita bertiga harus bersemuka. Seberapa segera. Biarlah dalam suasana aman dan damai. Tanpa sangsi atau curiga. Tanpa syak wasangka atau perasaan melulu. Kita ajak ayahku, ibumu dan Mak Tanjung turut berbincang … sebagai penasihat yang boleh memberikan kepada kita … pengalaman dan kebijaksanaan mereka."
§
"Mari, Madu," Aryaputra bersandar di tiang layar utama. "Mari ke sini dekatku. Biarku lihat kepalamu."
"Adui!" Mardunisa menolak tangan Aryaputra. "Abang Yaya janganlah tekan kuat sangat."
"Bengkaknya semakin membenjol," ujar Aryaputra.
"Ini, Aryaputra," tingkah Mutiara, gadis Mergui yang hanya duduk memerhati, tangan dan kakinya masih terberkas dengan tali sabut yang diikat kukuh, seperti juga rakan-rakan lanun lainnya yang masih hidup. "Sapukan sedikit minyak ini di bahagian yang bengkak itu. Nah, ambil dari saku seluarku ini."
"Minyak apa ni?" Aryaputra menyapu minyak pekat berwarna putih kuning itu perlahan-lahan di kepala Mardunisa, di bahagian yang terkena tendangannya.
"Minyak gamat," jawab Mutiara. "Amat mujarab bagi bengkak-bengkak, malah luka-luka kecil pun boleh terubatkan olehnya."
"Ini, Aryaputra," tingkah Mutiara, gadis Mergui yang hanya duduk memerhati, tangan dan kakinya masih terberkas dengan tali sabut yang diikat kukuh, seperti juga rakan-rakan lanun lainnya yang masih hidup. "Sapukan sedikit minyak ini di bahagian yang bengkak itu. Nah, ambil dari saku seluarku ini."
"Minyak apa ni?" Aryaputra menyapu minyak pekat berwarna putih kuning itu perlahan-lahan di kepala Mardunisa, di bahagian yang terkena tendangannya.
"Minyak gamat," jawab Mutiara. "Amat mujarab bagi bengkak-bengkak, malah luka-luka kecil pun boleh terubatkan olehnya."
"Mutiara," Aryaputra meneruskan. "Aku akan membawa Mardunisa pulang ke rumah ibunya. Kamu mahu ikut bersama kami?"
"Tak mengapalah, Aryaputra. Aku percaya kamu jujur. Tapi kalau kamu mengapa-ngapakan Madu ... aku dan orang-orangku akan sentiasa memburumu."
"Kami cuma mengambil sebahagian kecil daripada harta benda yang dibawa oleh saudagar kaya dengan bahtera besar mereka," Mutiara berkeras. "Sebagai cukai laluan samudera. Samudera yang kami anggap sebagai kawasan warisan milik kami dan nenek moyang kami sejak zaman berzaman."
"Tidak, Mutiara. Itu tidak wajar. Samudera adalah milik bersama ... ia seharusnya boleh dikongsi oleh semua."
"Tidak," gadis Mergui itu terus berdegil. "Ini adalah pekerjaan kami turun-temurun. Sejak zaman primula nenek moyang kami di Kepulauan Mergui, di seluruh Laut Andaman. Kami tidak pandai bercucuk tanam atau berternak haiwan. Di musim tengkujuh kami terpaksa hidup merempat di darat, iaitu tempat yang asing bagi kami, maka ketika itu anak-anak kecil di kalangan orang kami sering kelaparan. Kami tidak pernah sengaja mencederakan sesiapa ... kecuali apabila kami ditentang. Mengapakah pula kami dianggap dan dilayan seperti bajingan?"
"Tidak, Mutiara. Negeri yang beraja dan beradat perlu sentiasa berada di landasan undang-undang ... yang adil dan saksama ... diterima oleh seluruh rakyat jelata. Demi menjaga sejahtera dan makmur negeri. Cuma hari ini ... sebagai mengenang jasa kamu semua membela dan melindungi Mardunisa ... aku akan membebaskan kamu semua. Kalau aku bertembung lagi dengan kamu dan orang-orang kamu, akanku hancurkan kamu semua kali ini."
§
Kulo Thungga, putera negeri Chalukya, juga mewarisi darah istana Chola Mandalam melalui ibunya, kini bersemayam di kota Thanjavur sebagai raja Chola Mandalam dengan gelaran Kulo Thungga Chola, selepas kemangkatan bapa saudaranya Vira Rajendra Chola yang tidak punya pewaris lelaki. Beberapa bulan yang lalu pula berlangsung upacara rasmi pertabalannya sebagai maharaja Palembang Seri Vijaya berserta seluruh jajahan takluknya. Maka luas kekuasaannya kini, selain di selatan Benua Hindi dan bumi Bhanggala, menjangkau Sumatra dan Semenanjung Emas, manakala pengaruhnya terasa hingga ke Kemboja Negara.
"Vishvamitra," Kulo Thungga bersuara.
"Vishvamitra," Kulo Thungga bersuara.
"Ya, Tuanku," panglima agung bertubuh sasa itu kelihatan resah sekali.
"Seluruh rakyat jelata di serata bumi Persekutuan Langkasuka kini bangkit menentang kerajaan gabungan Palembang-Chola Mandalam. Kita perlu membuat suatu kejutan besar yang mampu menundukkan semangat mereka. Apa, kau punya sebarang buah fikiran yang bernas?"
"Patikpun mati akal, Tuanku. Sejak kemunculan semula Sanjaya di bumi Langkasuka ... dan kepulangan puteranya Aryaputra dari perantauan di Semenanjung Goryeo ... jiwa mereka seperti bersemarak mendadak … meledak … membuak-buak … memuncak-muncak. Lebih-lebih lagi selepas kejayaan mengejut bala tentera Angkatan Pantai Timur pimpinan Aryaputra ... menewaskan seketumbukan bala tentera gabungan Palembang-Chola Mandalam di Bukit Sang Kalili … di Patani Seri Negara."
"Beta ada suatu akal."
"Apakah gerangan itu, Tuanku?"
"Kita langsungkan korban manusia."
"Korban manusia? Kepada siapa, Tuanku?"
"Kepada Naga Sakti Muna ... ia pasti menghancurkan semangat juang mereka."
"Naga Sakti Muna? Tapi Tuanku ... Naga Sakti Muna adalah pelindung dan pembela seluruh bumi Langkasuka. Bukankah itu terlalu berbahaya kepada kita? Ia sesuatu yang mungkin ... mungkin menikam diri … dan menghancurkan bala tentera gabungan Palembang-Chola Mandalam."
"Tidak, Vishvamitra. Beta telah meminta nasihat para brahmana kita. Kata mereka, Naga Sakti Muna itu adalah sebenarnya jelmaan Dewa Shiva. Ia akan membantu sesiapa saja yang menyeru semangatnya setelah dilakukan korban kepadanya. Manakala orang-orang Kedah Negara sendiri sudah sekian lama mengabaikan Naga Sakti Muna ... mereka rata-rata tidak lagi mempercayai kesaktiannya … malah mereka kini meragui kewujudannya … maka ia tidak akan membantu mereka lagi."
"Lalu siapakah yang harus kita korbankan, Tuanku?"
"Mengikut adatnya … Naga Sakti Muna paling menggemari gadis berdarah raja ... itulah yang lazimnya dipersembahkan oleh orang-orang Kedah Negara kepada Naga Sakti Muna … ratusan tahun yang lalu. Maka itulah juga yang akan kita lakukan … kerana akan meningkatkan mustajabnya korban itu. Dan kali ini … kita akan pilih bukan hanya seorang … tetapi dua orang gadis.'
"Dua orang gadis? Siapakah gerangan mereka, Tuanku?"
"Dua gadis yang paling rapat hubungannya dengan Panglima Aryaputra ... dua orang wanita yang paling dikasihinya … supaya hancur lebur semangatnya."
"Maksud Tuanku?"
"Mardunisa kekasihnya … dan Nirmala Ratna puterinya. Maka ... untuk melaksanakan urusan memperoleh mereka berdua ... Beta titahkan tugas ini ... sebagai tugas khas bagi mu."
"Tapi Tuanku ... bukankah Mardunisa itu ... hanya seorang gadis kebanyakan?"
"Jelas kau tersilap, Vishvamitra," Kulo Thungga menjebih. "Kerana kau tidak pernah gemar menyelidik sesuatu perkara itu hingga ke akar umbinya."
"Bukankah Mardunisa itu datuknya seorang saudagar Parsi?" Kulo Thungga meneruskan selepas terdiam sejenak. "Namanya Mehrdad … sahabat baik Panglima Ozalan. Mehrdad pula adalah saudara bongsu kepada seorang panglima Parsi di Ghazna … Panglima Ashgar … sahabat baik Raja Shakranta … dari zaman perantauannya di Ghazna dan Byzantium. Saudagar Mehrdad dan Panglima Ashgar mempunyai darah raja Parsi Wangsa Saman … melalui ibu mereka. Itu sudah cukup baik untuk melayakkan Mardunisa sebagai persembahan kepada Naga Sakti Muna."
"Tuanku … kajian Tuanku begitu terperinci. Sungguh mengagumkan."
"Bukan itu saja. Isteri Mehrdad … iaitu ibu kepada Wulan Sari dan nenek kepada Mardunisa … seorang wanita Jambi bernama Ratna Nila Kenchana … bapanya adalah Panglima Shankara … juga seorang sahabat baik Raja Shakranta sejak zaman mereka berdua berkhidmat sebagai pahlawan perantau dengan bala tentera Raja Sujita … di Tambra Lingga dan di Kemboja Negara. Panglima Shankara itu juga … adalah seorang putera keraton yang berasal dari kota Wura Wari … ibu kota negeri Lwaram di Pulau Jawa. Bapanya bernama Putera Sakti Mahkota … adinda kepada seorang raja bergelar Raja Aji Wura Wari … iaitu raja negeri Lwaram."
"Di mana lagi kalau tidak di Candi Bukit Batu Pahat. Bukankah itu rumah puja Dewa Shiva yang paling suci di Kedah Negara ini? Di sana ada sebuah patungnya yang cukup besar lagi megah hebat. Para brahmana kita juga berkata Dewa Shiva pernah menjelmakan dirinya di sana."
§
"Mayang,” Mardunisa bersuara. “Semalam aku bermimpi …”
"Mimpi lagu mana tu?” tanya sahabatnya Mayang Sari.
"Aku bermimpi … diriku ditawan oleh segerombolan orang-orang asing … dibawa ke sebuah bangunan yang agam … seperti sebuah istana. Lalu aku dibelenggu dan dikurung di sana … di dalam suatu ruang yang sempit … seperti bilik penjara.”
"Lepas tu?”
"Setelah beberapa lama dalam tahanan … Abang Yaya bersama sahabat-sahabatnya … datang menyerang mereka yang menahanku demi menyelamatkanku. Dia kelihatan begitu hebat .. menonggang seekor kuda gergasi berwarna putih melepak yang bengis dan gagah. Merempuh dan memusnahkan segala yang menghalang … namanya … Gura … bukan … Garu … Garuda.”
"Kur semangat!” balas Mayang Sari seperti tersentak. “Garuda? Itu suatu nama yang hebat menggerunkan. Tidakkah dongeng orang tua-tua sering mengatakan … bahawa … seseorang yang menonggang sebarang makhluk bernama Garuda itu … biasanya beroleh kemenangan?”
"Oh ya. Baru ku teringat. Aku juga ada mendengar begitu.”
"Firasatku … memandangkan Aryaputra kini Panglima Agung bagi seluruh Angkatan Pantai Timur … bererti mimpimu itu membayangkan petanda baik bagi pihak Langkasuka. Juga ia menandakan bahawa cinta Aryaputra terhadapmu tetap utuh dan kukuh … walau apapun yang telah terjadi di antara kalian berdua.”
"Lalu apa lagi tafsirmu?”
"Bahawa kau sendiri juga masih amat menyayangi Aryaputra.”
"Eleh … kau ni. Kau tahu lebih daripada ku?”
"Habis … kalau bukan begitu … masa kan pula kau sentiasa teringatkannya hingga … hingga terbawa-bawa ke alam mimpi?”
"Umm … mungkin bakatku ini baru kini menyerlah … setelah terpendam mendalam sekian lama. Mungkin aku boleh berhenti bekerja sebagai peniaga di pasar … dan menceburi bidang baru.”
"Itu suatu cadangan yang baik. Kau jadi Mak Nujum. Aku boleh menjadi pembantumu.”
"Umm, boleh. Apa salahnya. Tapi ... cuma satu yang aku bimbangkan."
"Apakah itu?"
"Aku takut kalau-kalau ... kau meninggalkanku ... dan kembali menjadi Dewi Samudera."
Mardunisa mencucuk rusuk Mayang Sari dengan jari telunjuknya, membuatnya merengek kegelian. Mereka berdua ketawa menghilai berderai-derai.
"Hai,” Seroja yang berniaga lauk-pauk dan kuih-muih di gerai berhampiran menyampuk. "Apakah agaknya yang begitu menggelikan hati anak dara berdua ni, hah?”
"Tak da, Mak Cik Seroja,” jawab Mardunisa. “Ni, si Mayang kita ni. Pandai sangat dia berbuat lawak.”
"Ohhh, itu suatu perkara yang baik. Asal saja ia berpada. Kerana setiap orang sekali-sekala perlu berlipur-lara, berseloroh bersenda, agar sentiasa damai di hati dan tenteram di jiwa.”
"Eh eh,” ujar Mayang Sari. “Mak Cik Seroja ni ... jangan-jangan dia menyindir kita pulak … kan Madu?”
"Tu la ... manalah tau, kan?" balas Mardunisa.
"Ehhh, tidak begitu, Mayang, Madu," Seroja duduk bersila lentik sambil melumur kapur pada secebis daun sirih, kemudian mengetuk-ngetuk serpihan buah pinang di dalam gobeknya. "Mak Cik cuma memberi pandangan jujur. Pandangan secara umum. Mak Cik pun tumpang gembira melihat kamu berdua bahagia.”
"Ala, Mak Cik," sambung Mayang Sari. "Kamipun tau tu ... niat Mak Cik baik. Kami nak uji Mak Cik aja."
"Umm, Mayang," ujar Mardunisa. "Terima kasih kerana menyedarkanku. Maksudku … tentang diriku dan Abang Yaya. Ya lah kan … kita ni cuma insan biasa. Kadang-kadang kita berbuat sesuatu ... dan mengambil keputusan … dengan terlalu tergesa-gesa ... dan terdorong oleh perasaan yang meluap-luap semata-mata.”
"Aaahh … itu hanya perkara biasa, Madu," balas Mayang Sari. "Apa gunanya bersahabat jika tidak saling bantu membantu. Sebagai seorang sahabat karibmu … akupun cuba memahami … bahawa … jiwamu pasti tercabar oleh segala keadaan dan peristiwa yang menyelubungi hidupmu akhir-akhir ini."
"Habis tu?"
"Aku sangat-sangat berharap … bahawa … di antara kau dan Aryaputra … akan kembali berdamai dan bersatu. Bagiku … dan rasaku juga bagi Abang Tama … kamu berdua … adalah dua insan hebat yang sewajarnya saling berkongsi kehidupan dan saling cinta mencintai.”
"Sungguhpun aku perlu berkongsi kasihnya dengan seorang wanita lain?”
"Ya. Mengapa tidak? Lagipun ... Aryaputra bukannya calang-calang lelaki. Dia pahlawan terbilang. Dia layak dicintai dan mencintai lebih daripada seorang wanita. Ramai lagi lelaki yang tidak sehebat dia ... di dunia ini ... yang mempunyai tiga atau empat orang isteri.”
"Ohhh, Mayang. Aku merasa sungguh bertuah memiliki seorang sahabat sepertimu.”
"Akupun begitu juga, Madu.”
"Tapi ... bagaimana pula ... kalau kau yang berada di tempatku?”
"Maksudmu?”
"Eh, buat tak faham pulak. Kalau Uthama juga ... seperti Aryaputra ... mencintai dan dicintai dua wanita.”
"Umm ... err ... nanti. Tapi aku belum lagi terfikir sampai ke tahap itu.”
Sekali lagi kedua mereka tertawa menghilai berderai-derai.
"Bagaimanapun, aku tetap berterima kasih kepada mu, Mayang. Kau sahabat yang terhebat. Lawak jenakamu memang membuatku tertawa. Namun ia tetap menjadi penawar yang paling mujarab bagi hatiku.”
Mereka berdua saling berpelukan, belai-membelai dan kucup-mengucup untuk beberapa ketika. Seroja hanya memerhatikan mereka secara bersahaja sambil terus mengunyah-ngunyah gumpalan sirih pinang di dalam mulutnya. Hai, begitulah resmi orang muda, dengan hidup mereka yang sering bergolak dibuai gelora, fikirnya.
§
" ... Sayugia, sebelum matahari terbenam pada Hari Penentuan, bertemulah kembali dua adhivira ... setiap seorang daripada mereka menonggang seekor makhluk gergasi ... dan tertunailah hasrat besar keduanya. Kedua mereka bergelar Panglima Agung ... namun hanya seorang daripadanya yang membawa ... sebilah pedang sakti warisan daripada nenek moyang mereka … turunan dari zaman silam ... terhunus di tangannya. Mereka berdua ... bersama-sama memimpin para pejuang mereka masing-masing … yang kini bergabung menjadi satu bala tentera bersatu yang lebih besar dan gagah ... membantu seorang raja ... untuk menumpaskan penjajahan dan penindasan yang sekian lama membelenggu negerinya. Detik itu … termaktublah juga ketentuan takdir bagi beberapa buah negeri lain yang berhampiran ... letaknya di bahagian leher, bahu dan rusuk sebuah semenanjung. Sebuah semenanjung ... di tanah besar pelosok bumi yang bernama ... Rantau Tenggara."
Demikian kata-kata samar namun penuh berisi makna tersembunyi yang terbit daripada bibir Dewi Kili Suci … dalam keadaan separa sedar … di tengah-tengah kepulan asap kemenyan yang menyelubungi tempat pertapaannya … di Gua Selomangleng di negeri Kediri … hampir dua puluh tahun yang lalu.
Ingatan Aryaputra terkenang kembali kepada detik-detik mengghairahkan zaman itu … di Mataram, Kahuripan, Kediri dan Janggala … semasa pengembaraannya di Pulau Jawa bersama sahabat karibnya Uthama … seorang anak Kediri. Uthama yang kini di antara beberapa orang Panglima Utama yang paling setia dan dipercayai di bawah kelolaan Aryaputra dalam Angkatan Pantai Timur.
§
Hari Penentuan bermula seperti hari-hari lain sebelumnya. Fajar menyinsing di sebalik bukit bukau membawa kokok ayam jantan galak yang berderai-derai di segenap kampung. Disusuli sinaran sang suria yang beransur terang benderang menerangi alam. Namun kubu Dewa Pemusnah yang tersergam hebat di pinggir bukit tetap menggamit kebencian di kalangan rakyat jelata. Kebencian yang sekian lama menokok dan menambah dengan setiap penindasan dan penghinaan.
Kini separuh daripada bala tentera pihak bersekutu, iaitu Angkatan Utara, berdiri berhimpun di tanah sawah yang luas saujana mata memandang, di kaki Gunung Jerai, ke arah utara dari kubu Dewa Pemusnah. Tanah sawah yang sudah di tuai padinya kini kering dan kejap, ditumbuhi subur rumput dan lalang. Menunggu tiba musim membajak. Mereka datang dari Tambra Lingga, Patani serta wilayah-wilayah perbatasan di hala dari utara Kedah Negara dan Amdan Negara. Mereka tiba sehari sebelumnya, dipimpin oleh Panglima Sanjaya.
Panglima itu merasakan dirinya masih segar bugar dan cukup bertenaga, sungguhpun usianya sudah mencecah separuh abad. Namun dia menyedari bahawa tenaganya seorang sahaja besar kemungkinan tidak memadai untuk memimpin bala tentera pihak bersekutu menumpaskan Angkatan Dewa Pemusnah yang berhimpun di dalam kubu istana dan berkawal di luar pekarangannya.
Lalu Sanjaya terus berpegang pada harapan agar Angkatan Pantai Timur, dipimpin puteranya Aryaputra, akan muncul akhirnya walau apa pun aral yang melintang. Namun mereka masih tak kunjung tiba. Maka kalaulah keadaan demikian berterusan akan terserahlah kepada hanya Sanjaya dan Angkatan Utara untuk menggalas tanggungjawab menghadapi bala tentera Dewa Pemusnah dengan segala kekuatannya.
§
Mardunisa duduk terlepok di atas lantai tanah liat yang dingin di dalam bilik pasungnya. Mungkinkah hari ini yang akan menjadi Hari Penentu? Kemuncak segala peristiwa yang telah berlaku sepanjang abad ini dalam sejarah seluruh bumi Langkasuka. Hari yang dijangka akan membuka tirai bagi Pertempuran Agung di antara pihak bertentangan yang akan menentukan nasib dan masa depan seluruh bumi Langkasuka sepanjang zaman.
Ia sepatutnya menjadi hari penamat sekaligus hari pemula. Penamat zaman pahit dalam belenggu penjajahan dan pemula sejarah manis dalam suasana kemerdekaan ... namun masih tiada apa-apapun yang berlaku, fikirnya. Hari ini, seperti hari-hari lain sebelumnya, bergerak dengan begitu perlahan dan membosankan.
Tiba-tiba terdengar gema amat kuat seperti bunyi letupan besar di luar pekarangan kubu istana. Gegaran yang terakibat daripadanya menggoncang lantai bilik pasung. Letupan serupa bergema lagi. Dan lagi. Dan lagi ...
Mardunisa meluru ke lubang tingkap kecil di bilik itu. Dia melihat berpuluh-puluh pengawal Palembang dan Cholamandalam bergegas-gegas meniti barisan tangga di sekeliling kubu istana, menaiki tangga ke aras loteng, berteriak memberi pelbagai perintah kepada hulubalang bawahan mereka yang lain. Mardunisa memasang telinganya penuh teliti untuk mendengar dengan lebih jelas lagi apa yang terjadi di luar sana. Namun sukar untuknya mengamati apa-apapun dalam gegak gempita di sekelilingnya.
Kemudian dia mendengar bunyi kuat yang dijangkanya daripada gerbang perdana yang meledak ... dan dapat merasai gegarannya yang begitu gagah bertenaga seperti guruh. Kini dia mendengar jerit pekik yang kelam kabut dari aras atas. Mungkinkah ia terjadi? Fikirnya ... Mungkinkah itu bala tentera Pihak Bersekutu ... bakal pembela bumi Langkasuka? ... Namun dia belum terasa begitu yakin untuk mengharapkan sesuatu seperti itu ...
Jentera pelontar batu terus melontar. Melontar lagi. Dan lagi ...
§
Para pengawal penjara rupanya telah semuanya menghala ke aras pertama menuju ke laluan selatan, dan kawasan disekitar penjara kelihatan seolah-olah kosong. Mardunisa tidak dapat berbuat apa-apa selain terus menunggu. Alangkah eloknya kalau Mutiara masih berada bersamanya.
Namun itu tidak mungkin. Sudah sekian lama Mardunisa meninggalkan kehidupan lanun. Kehidupan yang diharunginya ketika dia hilang ingatan, akibat kepalanya terhantuk kuat pada sebongkah batu semasa serangan segerombolan penyamun dalam perjalanan balik ke rumahnya. Nasib baik dia terselamat apabila sekumpulan lanun yang diketuai oleh Mutiara tiba dengan tak semena-mena lalu menghalang hasrat buruk kumpulan penyamun itu.
Manakala gadis Mergui itu kini masih hidup bebas, mengganas hebat di samudera luas, tanpa sebarang duka nestapa yang menggusarkan jiwa, bersama sahabat-sahabatnya.
"Nana," Mardunisa berpaling ke arah Nirmala Ratna yang duduk bersandar di dinding tidak jauh darinya. "Nana tak da apa-apa ka?"
"Tak da, Ibu Madu," anak itu menjawab tenang. "Cuma, Nana rasa bosan aja sikit. Dah banyak hari sangat duk terkurung di sini."
"Mari, Nana. Kita buat senaman ringan dan regang otot sikit. Biar kita sentiasa cergas, sambil ia menghilangkan bosan."
"Baiklah. Nana ikut aja."
"Nana tak takut ka?"
"Tak," Nirmala Ratna menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ayah Nana akan datang menyelamatkan kita." Anak itu seperti berusaha menampakkan wajah yang yakin dan ceria, namun Mardunisa dapat merasakan kebimbangan dalam suaranya.
Sejurus kemudian ... Mardunisa mendengar bunyi tapak kaki. Dia merenung ke arah bunyi itu. Mereka pengawal penjara, datang bertiga, dua orang Palembang dan seorang Tamil Chola. Mardunisa bergerak menjauhi pintu bilik pasungnya. Muka bengis salah seorang daripada pengawal Palembang itu merapati palang pagar bilik pasung itu dan mengintai ke dalam.
"Tak da, Ibu Madu," anak itu menjawab tenang. "Cuma, Nana rasa bosan aja sikit. Dah banyak hari sangat duk terkurung di sini."
"Mari, Nana. Kita buat senaman ringan dan regang otot sikit. Biar kita sentiasa cergas, sambil ia menghilangkan bosan."
"Baiklah. Nana ikut aja."
"Nana tak takut ka?"
"Tak," Nirmala Ratna menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ayah Nana akan datang menyelamatkan kita." Anak itu seperti berusaha menampakkan wajah yang yakin dan ceria, namun Mardunisa dapat merasakan kebimbangan dalam suaranya.
Sejurus kemudian ... Mardunisa mendengar bunyi tapak kaki. Dia merenung ke arah bunyi itu. Mereka pengawal penjara, datang bertiga, dua orang Palembang dan seorang Tamil Chola. Mardunisa bergerak menjauhi pintu bilik pasungnya. Muka bengis salah seorang daripada pengawal Palembang itu merapati palang pagar bilik pasung itu dan mengintai ke dalam.
"Ayuh, banduan," dia menjergil kepada Mardunisa. "Aku diperintah supaya datang mengambil kamu berdua. Kau dan juga anak itu."
"Ibu Madu, Nana takut," Nirmala Ratna kini mula teresak-esak. "Nana tak nak mati lagi. Nana nak hidup lagi."
"Keraskan hatimu, Nana," Mardunisa berbisik lembut tetapi tegas. "Kuatkan semangatmu. Kita anak Langkasuka. Dan kau puteri seorang panglima. Pantang maut sebelum ajal."
"Ibu Madu, Nana takut," Nirmala Ratna kini mula teresak-esak. "Nana tak nak mati lagi. Nana nak hidup lagi."
"Keraskan hatimu, Nana," Mardunisa berbisik lembut tetapi tegas. "Kuatkan semangatmu. Kita anak Langkasuka. Dan kau puteri seorang panglima. Pantang maut sebelum ajal."
Mardunisa merasa-rasa tangan dan jejarinya. Setelah lebih tiga minggu dalam tahanan, kukunya kini bertambah panjang lagi. Dia tidak berganjak sedikitpun dari tempat dia berdiri tadi, tangan kirinya kini memeluk Nirmala Ratna. Orang itu melangkah kaki masuk perlahan-lahan.
Riuh rendah di aras loteng semakin kuat bunyinya. "Apa yang berlaku di atas sana?" Mardunisa melayangkan sebuah pertanyaan tanpa mengharapkan sebarang jawapan. Ternyata soalannya langsung tidak dilayan. Si Tamil bertubuh besar itu menyimpang sedikit ke tepi.
"Gari tangannya," perintah ketua mereka, seorang pejuang Palembang. "Dan bawa dia ikut kita. Tapi awas! Dia tawanan paling berharga. Jangan sekali-kali dicederakan dia."
Orang itu terus beredar pergi, kelihatannya seperti begitu tergesa-gesa. Si Tamil bawahannya itu kini tinggal seorang, lantas merangkul kedua lengan Mardunisa dengan tangan kanannya yang besar sasa itu, sambil memusingkan tubuh Mardunisa supaya berkedudukan membelakangkannya ketika diheret. Rantai besi besar bergayutan di tangan kiri orang itu.
Mardunisa menyeluk kedua tangannya ke celah-celah lipatan bengkung kainnya. Dia melantun-lantun sambil meronta-ronta dengan kuat, punggungnya sesekali berlaga-laga dengan belakang orang itu, hingga membuat hampir terlepas lengan Mardunisa daripada rangkulannya.
"Hei, banduan!" si besar itu menjerkah. "Kamu apa hal ni? Kamu dah gatal sangat ka, hah? Baiklah, kamu tunggu aja sebentar lagi," dia berpaling ke belakang seketika. Sepantas kilat, Mardunisa melompat sambil berputar badan lalu merembat tangan kanannya ke muka orang itu, kemudian segera merembat balas pada arah yang bertentangan.
Kuku-kukunya yang panjang tajam merobek biji mata kiri hulubalang Tamil itu, menghiris pangkal batang hidungnya, mencalar biji mata kanannya. Orang itu seperti tergamam seketika, kemudian meraung lantang kerana kesakitan, berundur beberapa langkah, memekup kedua-dua belah matanya, darah membuak-buak seperti mata air memenuhi kedua kelopak matanya.
Dalam dia terkial-kial, Mardunisa segera bergerak ke sisi lalu menerjah pelipatan lututnya, membuatnya terduduk. Lantas Mardunisa meragut dan merampas rantai besi yang kini terlepas daripada tangannya lalu membelit rantai itu dengan kuat sekuat-kuatnya pada lehernya. Semakin orang itu meronta, semakin kuat dijerut oleh Mardunisa lehernya dengan rantai itu. Ketangkasan dan kelasakan yang diperoleh daripada pengalamannya sebagai anggota gerombolan lanun selama beberapa bulan kini begitu berguna, dan orang itu akhirnya maut ditangannya.
Segera diambil oleh Mardunisa kunci bilik pasung daripada saku orang itu, diheretnya tubuh orang itu jauh ke dalam bilik itu dan diletak berbaring pada satu penjuru. Kemudian diambilnya kelewang yang tersisip di pinggangnya.
"Mari Nana," Mardunisa menghulur tangannya kepada Nirmala Ratna yang kelihatan masih ngeri dan tergamam dengan apa yang baru sahaja berlaku di hadapan matanya. "Mari Sayang. Kita harus keluar dari sini segera." Lalu dikuncinya semula pintu bilik itu dari luar.
Sebaik mereka beredar beberapa langkah, seorang anak muda Tamil menonggang seekor kuda padi menghampiri mereka.
"Kamu berdua perlukan bantuan," anak muda itu bersuara. "Ayuh, naik kudaku."
"Tidak!" Mardunisa menolak tawarannya. "Kamu seorang daripada mereka!"
"Kini tidak lagi. Aku malu dan benci dengan bangsaku sendiri. Mereka terlalu kejam dan ganas dengan orang yang tidak berdosa. Sejak hari mereka menculik kamu berdua untuk dijadikan korban, aku menunggu peluang seperti ini. Sekarang aku orang Langkasuka. Ayuh!"
Kuda itu terus memecut kencang. Dalam kekecohan berikutnya, Mardunisa tergelongsor jatuh dari belakangnya.
"Tinggalkan aku di sini," dia bertegas kepada anak muda tadi, sambil bersedia untuk menghadapi beberapa hulubalang musuh yang bergerak mendekati mereka. "Bawa anak ini keluar bersamamu dulu. Serahkan dia kepada ibu atau bapanya. Dan jangan kau sedikitpun terfikir untuk mengapa-apakan dia, kerana seluruh bala tentera Langkasuka akan memburumu, jika kau mendatangkan sebarang mudarat kepada dirinya."
"Mari Nana," Mardunisa menghulur tangannya kepada Nirmala Ratna yang kelihatan masih ngeri dan tergamam dengan apa yang baru sahaja berlaku di hadapan matanya. "Mari Sayang. Kita harus keluar dari sini segera." Lalu dikuncinya semula pintu bilik itu dari luar.
Sebaik mereka beredar beberapa langkah, seorang anak muda Tamil menonggang seekor kuda padi menghampiri mereka.
"Kamu berdua perlukan bantuan," anak muda itu bersuara. "Ayuh, naik kudaku."
"Tidak!" Mardunisa menolak tawarannya. "Kamu seorang daripada mereka!"
"Kini tidak lagi. Aku malu dan benci dengan bangsaku sendiri. Mereka terlalu kejam dan ganas dengan orang yang tidak berdosa. Sejak hari mereka menculik kamu berdua untuk dijadikan korban, aku menunggu peluang seperti ini. Sekarang aku orang Langkasuka. Ayuh!"
Kuda itu terus memecut kencang. Dalam kekecohan berikutnya, Mardunisa tergelongsor jatuh dari belakangnya.
"Tinggalkan aku di sini," dia bertegas kepada anak muda tadi, sambil bersedia untuk menghadapi beberapa hulubalang musuh yang bergerak mendekati mereka. "Bawa anak ini keluar bersamamu dulu. Serahkan dia kepada ibu atau bapanya. Dan jangan kau sedikitpun terfikir untuk mengapa-apakan dia, kerana seluruh bala tentera Langkasuka akan memburumu, jika kau mendatangkan sebarang mudarat kepada dirinya."
Dalam berhempas pulas menentang musuh-musuh yang menghampirinya, mata Mardunisa mengerling ke kiri dan ke kanan ... seperti mencari-cari sesuatu ... atau seseorang. Namun yang dicarinya tidak kunjung kelihatan. Dia semakin resah, namun dia memaksa dirinya bertenang tenteram supaya tidak hilang pedoman.
Sebaik menerima penghantaran Nirmala Ratna oleh Maheshvara yang juga memaklumkannya tentang Mardunisa, Aryaputra menyerahkan puterinya itu ke pangkuan isterinya, lantas bergegas melompat ke atas kudanya Garuda lalu merejang kencang ke dalam kawasan kubu.
Pertempuran pertama tidak memberi keputusan jelas, hanya kehilangan ratusan nyawa di kedua pihak. Aryaputra menghunus pedang besarnya sambil terus merejang. Pahlawan Chola Mandalam dan Palembang di dalam kawasan kubu kini sedang leka memungut rampasan daripada pejuang Langkasuka yang gugur atau cedera parah.
Setelah semakin jauh ke dalam melewati pagar kubu, Aryaputra ternampak Mardunisa. Gadis itu berdiri memutar-mutar kelewangnya di sebuah kawasan lapang, seperti bersiap siaga tanpa gentar untuk menentang orang-orang yang mengerumuni dan mengancamnya. Mereka sekumpulan pahlawan Chola Mandalam dan Palembang yang sedang mengganggunya. Mereka mengacu-ngacu lembing panjang mereka ke arahnya. Kemungkinan mereka mengugutnya supaya menyerah diri.
Tiga orang daripada mereka mendengar kedatangan Aryaputra lalu berpaling. Namun mereka beberapa detik terlambat. Garuda merempuh seorang daripada mereka hingga terpelanting ke sisi dan memenyek seorang lagi dengan hentakan kakinya. Seorang lagi menyerang Aryaputra dengan lembingnya. Aryaputra mengelak sambil meragut lembing itu dari tangannya lantas merembat pedangnya ke leher orang itu.
Di tengah-tengah kekalutan pelbagai puak yang sedang bertempur, dari sudut matanya Mardunisa terperasan kelibat menyilau sebilah pedang gergasi, lalu segera ternampak orang yang diharapkan datang membela. Bertenggek di atas seekor kuda perkasa berwarna putih semerdanta, melibas dengan bengisnya ke kiri dan kanan dengan pedang besarnya itu. Setiap pejuang pihak lawan yang menghampiri gugur dengan sekali libas sahaja.
Sebaik menerima penghantaran Nirmala Ratna oleh Maheshvara yang juga memaklumkannya tentang Mardunisa, Aryaputra menyerahkan puterinya itu ke pangkuan isterinya, lantas bergegas melompat ke atas kudanya Garuda lalu merejang kencang ke dalam kawasan kubu.
Pertempuran pertama tidak memberi keputusan jelas, hanya kehilangan ratusan nyawa di kedua pihak. Aryaputra menghunus pedang besarnya sambil terus merejang. Pahlawan Chola Mandalam dan Palembang di dalam kawasan kubu kini sedang leka memungut rampasan daripada pejuang Langkasuka yang gugur atau cedera parah.
Setelah semakin jauh ke dalam melewati pagar kubu, Aryaputra ternampak Mardunisa. Gadis itu berdiri memutar-mutar kelewangnya di sebuah kawasan lapang, seperti bersiap siaga tanpa gentar untuk menentang orang-orang yang mengerumuni dan mengancamnya. Mereka sekumpulan pahlawan Chola Mandalam dan Palembang yang sedang mengganggunya. Mereka mengacu-ngacu lembing panjang mereka ke arahnya. Kemungkinan mereka mengugutnya supaya menyerah diri.
Tiga orang daripada mereka mendengar kedatangan Aryaputra lalu berpaling. Namun mereka beberapa detik terlambat. Garuda merempuh seorang daripada mereka hingga terpelanting ke sisi dan memenyek seorang lagi dengan hentakan kakinya. Seorang lagi menyerang Aryaputra dengan lembingnya. Aryaputra mengelak sambil meragut lembing itu dari tangannya lantas merembat pedangnya ke leher orang itu.
Tidak hairanlah segelintir pahlawan perantau di kalangan bala tentera pimpinannya menggelarnya Amitra Ghata, Pembunuh Musuh. Segelintir yang lainnya pula memanggilnya Vikrama Aditya, Dewa Matahari Perkasa. Manakala ada yang lain lagi memberinya jolokan Bhatta Araka, Pahlawan Gemilang.
Itulah dia Aryaputra ... Panglima Agung Angkatan Pantai Timur ... cinta hidupnya ... buah hati pengarang jantungnya ... kini muncul untuk menyelamatkannya untuk kesekian kalinya. Sebagaimana dia pasti muncul sepanjang hidup Mardunisa setiap kali Mardunisa terperangkap dalam sesuatu keadaan genting meruncing. Kali ini menonggang Garuda dan menghunus Pedang Kambhujiya. Hati Mardunisa terasa seperti berkibas-kibas ibarat burung yang hendak terbang kerana teruja begitu rupa.
"Abang Yaya!!!" Mardunisa bertempik selantang yang termampu olehnya, khuatir kalau-kalau Aryaputra tidak terlihatkannya. Aryaputra serta merta bergerak ke arahnya.
"Madu!!!" balas Aryaputra sambil terus bertempur sekaligus bergerak semakin hampir ke arah Mardunisa.
Mardunisa juga berbuat perkara serupa. Mereka bertemu, lalu sambil saling menghampiri mereka berpegangan tangan seketika. Kehangatan cinta jelas terasa pada sentuhan sakti di antara kedua-duanya. Aryaputra mencondongkan badannya, memegang tengkuk Mardunisa lalu menguncupnya di dahinya.
"Syukur kau selamat, Madu."
"Berkat doamu, Abang Yaya. Nana bagaimana?"
"Dia selamat. Dia bersama ibunya. Maheshvara membawanya kepada kami. Dia anak muda yang sungguh hebat."
"Dia selamat. Dia bersama ibunya. Maheshvara membawanya kepada kami. Dia anak muda yang sungguh hebat."
Seorang pahlawan muda bergerak menghampiri Aryaputra, sebilah pedang pendek terhunus di tangannya. Aryaputra mengabaikannya seketika, mengambil sedikit masa untuk melontar tombaknya ke arah seorang pejuang Chola berkuda yang sedang membidik panahnya. Tombak Aryaputra menghunjam bahu orang itu, lalu menumbangkannya dari kudanya.
Aryaputra segera berpaling semula untuk menghadapi pahlawan muda tadi. Namun dia sudah terkapai-kapai, seterusnya jatuh tersungkur. Dadanya bocor memancut darah, ditembusi kelewang Mardunisa.
Boleh tahan, buah hatiku ini, fikir Aryaputra. Memang boleh tahan tangkasnya.
"Mari, Sayang," sambung Aryaputra. "Nah, berpegang pada tanganku. Lekas panjat ke atas Garuda dan duduk teguh di belakangku. Biarku bawa kau keluar dari sini segera."
§
Aryaputra merempuh semua yang menghalang mereka dari hadapan dengan kudanya Garuda dan melibas sesiapa yang menghampiri mereka dari sisi dengan Pedang Kambhujiya. Mardunisa turut menghayun ke kiri dan ke kanan dengan kelewang rampasannya. Sesampai saja mereka di luar terdengar tempik sorak yang amat lantang daripada ribuan orang yang menunggu.
"Hidup Dewi Samudera!" Mereka bertempik sekuat hati. "Hidup Seladang Gagah!"
"Lihat itu, di kaki bukit sana," ujar Aryaputra. "Mereka semua menunggumu. Mereka amat merinduimu. Dan mereka semua rela menyabung nyawa untuk membelamu. Mereka ingin turut menyerbu masuk ke dalam kubu. Namun aku menghalang mereka. Ia terlalu berbahaya."
"Mereka?" Mardunisa terpinga-pinga. "Siapa mereka?"
"Yang di kiri tu, yang itu Panah Sejuta."
"Panah Sejuta?"
"Ya. Gerombolan gadis dan wanita dari seluruh bumi Langkasuka. Mereka ingin turut serta menyumbang tenaga membantu usaha memerdekakan bumi Langkasuka. Mereka dipimpin oleh Yeung Myo."
"Panah Sejuta?"
"Ya. Gerombolan gadis dan wanita dari seluruh bumi Langkasuka. Mereka ingin turut serta menyumbang tenaga membantu usaha memerdekakan bumi Langkasuka. Mereka dipimpin oleh Yeung Myo."
"Yeung Myo pun ada disini?"
"Oh! Hebatnya dia."
"Sesetengah daripada mereka daripada kalangan rakan-rakan seperguruanmu. Di sepanjang perjalanan mereka ke sini melalui Patani Seri Negara, ramai lagi yang minta ikut serta. Mereka tidak rela walau seorangpun gadis di bumi kita dijadikan korban manusia demi mencapai hasrat rakus angkatan penjajah. Jumlah mereka beransur bertambah besar. Sampai meningkat hingga lebih seribu orang menjelang ketibaan mereka di sini. Dengan setiap orang daripada mereka membawa seribu batang panah."
"Seribu batang panah? Tidakkah itu satu jumlah yang terlalu berat untuk dibawa oleh seorang wanita?"
"Memang betul tu. Tapi mereka membawa bersama mereka lembu dan kerbau sebagai haiwan pengangkut untuk membantu mereka. Yeung Myo yang mencadangkan itu."
"Yang di kanan itu?"
"Yang itu adalah Tentera Samudera, rakan-rakanmu daripada kalangan Orang Mergui, yang menggelarmu Dewi Samudera. Sahabat baikmu, Mutiara, yang menganjurkan penubuhannya. Kekasihnya Pelangi, abangnya Guman dan kakaknya Subian pun ikut serta. Mereka seramai tujuh ratus orang, lelaki dan wanita. Mereka bersumpah tidak akan berganjak dari tempat ini selagi kau tidak dibebaskan dalam keadaan selamat sejahtera. Mutiara dan Pelangi sepatutnya sudah melangsungkan perkahwinan mereka, tetapi demi membelamu mereka telah menunda harinya."
"Besarnya pengorbanan mereka," ujar Mardunisa.
"Dan ... nun di sana," Aryaputra meneruskan. "Lihat itu. Shakunthala … kesayangan mu … dia menunggumu. Sudah lama dia merinduimu."
"Dan ... nun di sana," Aryaputra meneruskan. "Lihat itu. Shakunthala … kesayangan mu … dia menunggumu. Sudah lama dia merinduimu."




















No comments:
Post a Comment