Kini tiba jua masanya
Putera pertiwi, adiwangsa
Anak-anak tanah Langkasuka
Di Semenanjung Emas, bumi sejahtera
Tempur ini tempur semua
Demi membebas bumi pusaka
Agar zuriat hidup merdeka
Sentosa bahagia ke akhir masa
Sudah tiga bulan Angkatan Utara berkubu di Pulau Langkawi. Dipimpin oleh Panglima Sanjaya sebagai panglima agung, cadang mereka mulanya hendak menggempur bala tentera Chola Mandalam di Kedah Negara melalui serangan laut, namun terasa seperti bala tentera musuh terlalu kental, manakala Angkatan Utara sendiri belum cukup berkemampuan untuk melaksanakan gempuran begitu ampuh dengan sebaiknya.
Setelah berbincang panjang lebar berulang kali dengan para panglima lain, Sanjaya menukar rencana untuk menunggu di Langkawi lalu menggempur pihak musuh sebaik mereka tiba. Angkatan Utara akan memanfaatkan susun atur pulau-pulau kecil yang terletak berselerak di perairan Pulau Langkawi, seterusnya keadaan rupa bumi di pulau itu sendiri, untuk memerangkap bala tentera musuh lalu dengan itu menghancurkan mereka di situ. Manakala masa yang masih ada digunakan untuk terus berlatih perang dengan gaya sebijak mungkin, di laut serta di darat, untuk mengatasi kelebihan musuh daripada segi jumlahnya. Namun itu sekadar rencana terancang, entah menjadi entah tidak.

Setiap perangkap ada umpannya. Berita perkubuan Angkatan Utara di Pulau Langkawi sampai ke pengetahuan Raja Kulo Thungga Chola, putera kerabat Chola Mandalam yang kini menduduki takhta Palembang sebagai raja Palembang sekaligus maharaja seluruh Persekutuan Agung Palembang Srivijaya. Bukan sahaja rakyat Kedah Negara yang menyebarkan khabar terbaru tentang kubu Angkatan Utara, malah Panglima Sanjaya sendiri berserta Raja Ayudhika mengirim watikah bersama kepada Kulo Thungga, mengutuk dan mengecam penjajahan Chola Mandalam di bumi Langkasuka, mendesak kerajaan boneka dirian Chola Mandalam di Kedah Negara menghentikan penindasan ke atas rakyat jelata, serta mencabar bala tentera Chola Mandalam beradu kekuatan.
Maka disebar pula secara sulit khabar angin tentang sebuah candi rahsia, letaknya di puncak Gunung Raya, berisi khazanah berharga berbentuk emas perak dan aneka batu permata yang tidak terkira nilainya. Candi tersorok yang kononnya mula dibina pada zaman terawal kerajaan Kedah Negara, yang dikatakan orang tua-tua membibit daripada lawatan oleh rombongan sepasang putera dan puteri Raja Ashoka, Putera Mahindra dan Puteri Sanghamitra, serta para bhikksu berjubah kuning emas yang mengiringi mereka, yang berkunjung ke pelbagai penempatan di kawasan pesisir benua Suvarna Bhumi bertujuan menyebar ajaran Siddharta Gautama. Kononnya juga, sebilangan bhikksu berkenaan telah tinggal menetap di candi baru itu untuk mengajar para pendita, petapa, biarawan dan ilmuwan yang ingin menuntut selok belok ajaran baru itu.
Beberapa abad berlalu, candi itu kemudiannya diperbesar lagi oleh seorang raja Kedah Negara yang merupakan seorang pengamal tegas ajaran Gautama, bernama Rama Unibha. Kata orang juga, setelah Pulau Langkawi yang mula dipelopori baginda sebagai sebuah pangkalan dagang serantau menerima semakin ramai pengunjung dari setiap ceruk dan pelosok, semakin bertambah pula bilangan orang yang berkunjung ke candi di puncak gunung itu.
Kebetulan Kulo Thungga berada di Kedah Negara untuk berbuat kunjungan resmi barang seminggu dua. Lalu segera dititahkannya kepada panglima ketumbukan tentera Chola Mandalam di Kedah Negara supaya segera berbuat persiapan untuk menyerang dan menghancurkan Angkatan Utara di kubu mereka sendiri.
Geram dan dendam Kulo Thungga terhadap Sanjaya memang sudah lama terpendam memeram. Bermulanya ia dengan penglibatan Sanjaya, bersama sepasukan pahlawan perantau pelbagai bangsa pimpinannya yang berpangkalan di Pulau Singhala, membantu bala tentera Vikrama Aditya, raja negeri Chalukya Barat yang ketika itu berperang dengan Chola Mandalam di wilayah selatan Benua Hindi. Kini baranya yang tak kunjung padam kembali panas membahang.
"Beta mahu Angkatan Utara dihancurkan sehancur-hancurnya," demikian titah Kulo Thungga. "Kemudian seluruh Pulau Langkawi kita bakar hangus menjadi abu, sebagai membalas dosa penduduknya yang dikira menderhaka, kerana membenarkan wilayah mereka dijadikan pangkalan oleh angkatan pemberontak pimpinan Sanjaya keparat itu."
"Baik, Tuanku," jawab si panglima. "Titah dijunjung, Tuanku."
"Sesudah itu," sambung Kulo Thungga, "kita tabur garam dan belirang hingga secukupnya di seluruh pulau. Agar tiada rumput atau lalang, tiada rimbun atau pohon, tiada padi atau jagung, yang boleh tumbuh, apatah lagi hidup subur, di sana lagi. Biar ia menjadi padang jarak padang tekukur hingga tujuh keturunan. Biar ia menjadi pengajaran sewajarnya kepada seluruh bumi Langkasuka!"
Demi rakyat jelata, separuh daripada perang membebaskan Kedah Negara akan berlangsung di Langkawi. Demi kemerdekaan seluruh bumi Langkasuka, sebahagian besar daripada bala tentera Chola Mandalam akan gugur berkubur di Langkawi!
Demikian sebahagian pidato perangsang semangat oleh Tun Sendara, ketua sebuah pasukan pejuang pembela yang bergerak secara sulit di kawasan pedalaman Kedah Negara. Dengan usaha dan giat dan gigihnya, segerombolan besar penduduk desa Kedah Negara menyusup menyelinap melalui jalan hutan ke wilayah utara Kedah Negara lantas menyeberang ke Pulau Langkawi dari sana.

§
Tempur ini adalah tempur semua. Maka Angkatan Utara memerlukan seramai mungkin daripada kita penduduk Kedah Negara datang membantu. Biar pahlawan tetap bertempur berganding bahu dengan petani dan pesawah. Biar kapak, cangkul dan sabit merembat dan meragut nyawa penjajah haram zadah!Demi rakyat jelata, separuh daripada perang membebaskan Kedah Negara akan berlangsung di Langkawi. Demi kemerdekaan seluruh bumi Langkasuka, sebahagian besar daripada bala tentera Chola Mandalam akan gugur berkubur di Langkawi!
Demikian sebahagian pidato perangsang semangat oleh Tun Sendara, ketua sebuah pasukan pejuang pembela yang bergerak secara sulit di kawasan pedalaman Kedah Negara. Dengan usaha dan giat dan gigihnya, segerombolan besar penduduk desa Kedah Negara menyusup menyelinap melalui jalan hutan ke wilayah utara Kedah Negara lantas menyeberang ke Pulau Langkawi dari sana.
§
Suatu pagi, di waktu dinihari, segerombolan lima puluh buah kapal dharani, kapal pemusnah utama angkatan laut Chola, berserta dua pulu buah kapal thirisadai, kapal tempur mereka yang lebih besar lagi, bergerak meninggalkan muara Sungai Merbuk, membetung lurus ke arah Pulau Langkawi. Berita pergerakan angkatan Chola itu disampaikan segera dengan merpati utusan kepada Pangilma Sanjaya oleh wakil golongan penduduk yang masih setia kepada Raja Ayudhika, raja negeri Kedah Negara Dalam Buangan yang kini berpangkalan sementara di kota Jala.
Angkatan pembela segera bersiap sedia menunggu musuh, bersidai mereka di selat sempit di antara Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting, tidak sampai setengah persangga luas mulut selatnya. Tiga puluh buah kapal penjajap, setiap sebuah berisi tiga puluh orang pahlawan pelembing dan pemedang, dan empat puluh buah perahu panjang, setiap satunya membawa dua puluh lima orang pahlawan pemanah.
Sebaik matahari terbit, angkatan musuh muncul diufuk. Angkatan pembela terus segera merempuh.
Pasukan Laut Angkatan Pantai Timur yang baru muncul pula mengasak daripada bahagian mulut selat yang lebih sempit di antara Pulau Tuba dan Tanjung Kuah. Angkatan laut musuh sungguhpun besar kini terkepung terhimpit di perairan yang sempit, tiada lagi dapat bergerak bebas. Hendak tak hendak terpaksa bertahan di tempat sesak, pergerakan mereka semakin lama semakin terbantut dan bercelaru.
Para panglima Chola Mandalam kini marahnya mereka membuak-buak, menjerit memekik kepada pejuang bawahan masing-masing, bertengkar pula bertegang urat menuding jari antara sesama sendiri. Kapal-kapal mereka banyak yang sudah musnah, robek dibaham letupan ataupun dirempuh kapal perempuh angkatan pembela. Yang lainnya pula menyala membakar meluap-luap, lidah apinya begitu besar tinggi lagi menggerunkan, menghembus asap gelap berkepul-kepul ke angkasa.
Tidak kurang juga yang bocor hingga tenggelam akibat diradak dan ditusuk dari dalam air oleh pasukan pakar pemusnah kapal dari golongan Orang Moken yang cukup handal menyelam. Datangnya mereka dari Kepulauan Mergui di Laut Andaman nun jauh ke utara demi membantu rakyat Kedah Negara yang mereka anggap saudara serumpun sejak zaman silam.
Bau kayu terbakar dan bau hangit daging manusia yang hangus menyala bercampur baur dengan bau debu mesiu dan debu belirang yang meletup dan terbakar, menusuk hidung semua. Pilihan mereka sama ada berundur secara berterabur dengan saki baki kapal dengan anggotanya yang masih ada, kini tinggal kurang separuh daripada bilangan asal yang datang, ataupun membuat pendaratan dan menghadapi angkatan pembela di darat pula.
Ancaman terhadap mereka terasa semakin membesar di depan mata. Hendak berundur, bererti menghadapi malu besar kerana mengaku tewas kepada angkatan pembela yang jauh lebih kecil. Hendak mendarat, agak tinggi tahap bahayanya kerana bermakna mereka akan bertempur dengan pejuang tempatan yang sudah biasa di pulau yang menjadi kubu mereka, dengan bentuk rupa buminya yang langsung tidak terjangkakan oleh kebanyakan pahlawan Chola Mandalam yang tidak pernah menjejak kaki di situ.
Tambah lagi, pejuang tempatan kini naik menjulang semangat mereka kerana kejayaan cemerlang yang tidak terduga. Namun, kerana geram dan panas hati, bercampur pula dengan keyakinan membuta terhadap keperkasaan bala tentera sendiri, segala pertimbangan panglima Chola Mandalam semakin menyepi warasnya.

No comments:
Post a Comment